Monday, November 09, 2009

persediaan exam Ain Fathihah

Lain orang, lain ragamnya menghadapi peperiksaan.

Alhamdulillah, tiga subjek dah selesai. Selesai peperiksaan bukan bermakna jodoh sudah tamat. Kalau-kalau panjang jodoh, mungkin akan jumpa lagi subjek itu semester depan (ahh, jangan!)

 

Entri kali ini, saya nak kongsi apa persediaan saya sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester tiga.

Peringatan : Ini bukanlah blog pakar motivasi, maka apa yang saya lakukan perlu difikirkan beribu-lemon kali sebelum dijadikan panduan.

 

UBI 1042 English for Communication 2

Saya ni sejak anak-anak memang ketara kelemahan saya dalam subjek ini. Bahasa Inggeris. Mungkin sebab saya kurang rajin membaca bahan-bahan bacaan berbahasa inggeris, dan juga kurang rajin menelaah subjek ini.

 

Laptop saya memang tiada lagu-lagu inggeris. Semuanya cuma lagu-lagu melayu (malaysia-indonesia). Balik-balik lagu yang saya ulang, Sudirman, P.Ramlee, BPR, Ukay’s, Opick, Ebiet G.Ade dan lagu-lagu lama. Jangan cuba-cuba nak cari lagu baru dalam laptop saya, err, takda rasanya.

 

Nasyid? Heh, cuba la cari. Sapa jumpa lagu nasyid dalam laptop saya, saya belanja makan kentang goreng.

 

Kalau tak terasa nak dengar lagu, saya cuma akan ulang-ulang dengar ceramah motivasi Dato’ Fadzilah Kamsah.

 

Kesimpulannya, laptop saya memang membosankan.

 

Maka, sebagai persediaan menghadapi paper EC 2, saya punggah-punggah folder CD, cari CD lagu Inggeris yang ada dalam simpanan saya. Sambil dengar lagu, saya cari liriknya dan cuba nyanyi sama. melalakkk! Hujan tak hujan, belakang kira. Hehe.

 

Barulah saya tahu lagu-lagu inggeris ni memang sedap didengar oleh telinga.

 

Boy I missed your kisses all the time but this is

Twenty five minutes too late

Though you travelled so far boy Im sorry you are

Twenty five minutes too late

 

Ngee, best gak cerita dalam lagu ni. Jadi sapa-sapa yang ada simpan perasaan pada seseorang tapi tak terluah, cepat-cepat la jumpa mak ayahnya dan masuk meminang. Haha.

 

Because of you

I will never stray too far from the sidewalk

Because of you

I learned to play on the safe side

So I don't get hurt

Because of you

I find it hard to trust

Not only me, but everyone around me

Because of you

I am afraid

 

Waa, lagu ni lagi menyentuh hati. Terus saya cari klip video lagu ni. Meleleh beb. Kisah seorang anak yang jadi mangsa perceraian ibu bapa. Anak tu jadi tak yakin diri, rasa susah nak percaya orang, dan rasa hidupnya kosong. Uhuhu..

 

I don't care who you are

Where you're from

What you did

As long as you love me

Who you are

Where you're from

Don't care what you did

As long as you love me

 

Ni pun, hehe.. tapi, cinta sedalam mana takkan buat hidangan tengah hari turun dari langit kan?

Boleh ke seorang lelaki tu cakap,

“I takda kerja, I takda harta. Tapi I ada cinta yang segunung tinggi untuk U. Kawen la dengan I, demi cinta suci ini”

 

Haa, kamu perempuan-perempuan. Sila jauhi lelaki macam ini. Ini lelaki yang tak bertanggungjawab. Kamu takkan boleh pergi kedai runcit dan cakap, “pakcik, saya dan suami saya sudah seminggu tiada apa-apa untuk dimakan, tapi kami ada cinta yang hangat membara. Boleh tak beri kami beras sekilo dan sardin tiga tin?”

 

TBG 2013 Genetik

 

Buku rujukan berharga RM85 setebal 3cm masih suci murni dan bersih hingga ke hujung semester. Ini bermakna, Ain Fathihah sangat pandai menjaga buku. Ok tipu saja. Sebenarnya jarang belek buku Genetik tu, maka sebab tu la buku tu masih berbau kedai. Huhu, adik-adik, jangan tiru macam saya.

 

Hampir peperiksaan, baru saya membuka dan membelek buku Genetik pada mana yang patut. Kemudian baru lah sedar, buku ni sangat menarik. Biasa la kan buku Biologi, banyak gambar dan warna-warni.

 

Pensyarah selalunya akan bagi tutorial sebagai assignment untuk dikunyah dan dihadam sebaiknya. Maka, buatlah tutorial yang pensyarah beri itu sesungguh hati. insyaAllah bermanfaat untuk masa depan kamu. Hehe.

 

TQ Dr.Fatimah!

 

TKU 1033 Kimia Asas 1

 

Ini memang antara subjek yang kurang mendapat kasih sayang saya. Quiz 1 dan Quiz 2 memang hancur sehancur-hancurnya. Bila kuiz rendah, bermakna carry marks rendah. Bila carry marks rendah, memang membantutkan semangat dan rasa ‘down’ sangat. Eh bukan Down Syndrome ya.

 

Dua hari sebelum exam subjek ini, saya selak kertas soalan kimia tahun 2006.

Erm,

 no 1.....errr

No 2....iskk

No 3.....errr

No 4....zzzz (tertidur)

No 5....errr

No 6....iskk

No 7...hurm..

No 8...ermm..

No 9...waa..

No 10..waa!!!

 

10 soalan pertama pun saya dah tak reti jawab. Arghhh! Ini bukan perkara alang-alang nan kepalang (bak kata Abg Din). Terus rasa sangat takut dengan kebodohan diri. Serta-merta nak ketawa dengan kebodohan diri.

 

Tapi, tetiba ‘hujan’ lebat..menderu-deru ‘hujan’. Sob sob, boleh pulak saya menangis teresak-esak sebab tak mampu nak jawab soalan. Takut, ketaq tali perut che’!

 

Lepas menangis, biasa la mesti rasa pening kepala. Kemudian tertidur semalaman tak study. Maka hanguslah sepetang dan semalaman tanpa menelaah. Entah apa-apa ja lah si Ain Fathihah ni.

Jangan tiru macam saya.

dua subjek lagi.... jom study!

Sunday, November 08, 2009

Kekasih Halal

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha
Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis kuberdoa jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal memeluk halal mencium mu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

haha motif sangat letak gambar sendiri

tiba-tiba sangat suka lagu ni

comel sangat

.

.

Hey kamu, mahu jadi kekasih halalku?

Friday, November 06, 2009

tahniah Fika


Tahniah Pika @ Kak Pek.

Syafiqa Amirol Melvin atau panggilan mesranya, Fiqa berjaya mengenepikan empat finalis lain - Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) - untuk merangkul gelaran Gadis Melayu 2009.

.

.

hehe Fika ni dulu jiran bilik sebelah masa kat KMPP dulu. Saya bilik B4.3.5, Pika bilik B4.3.7.. mula-mula masuk matrik dulu, bila selisih dengan Fika bila nak ke kelas @ bilik air, terus terdetik, "mak aiii, cunnya dia ni."

.

Teringat balik masa kami budak2 blok B4 paksa Fika masuk pertandingan Busana Muslimah, House of Jubah antara blok-blok perempuan di matrik Penang. dah dalam blok kami tu Fika ja yang paling menawan cun tinggi lampai, maka semua tolak dia untuk jadi wakil blok B4..

.

dia jahit sendiri manik-manik kat jubah dia, bagi lawa. lepas tu ramai-ramai duk tolong dia testing-testing selendang malam sebelum hari pertandingan.

.

Yang lawaknya, Fika ni bercermin mata. masa duk buat 'fashion show' atas pentas, Fika tak pakai spec. Mata dia memang tak nampak. Jalan pun menonong laju ja atas pentas. Pi kiri, pi kanan, pusing2 tengah pentas, dengan kadar laju dari biasa. hehe.

.

Yang saya ingat, malam sebelum paper final Biologi semester dua, saya semalaman di bilik Fika, paksa Fika ajarkan saya and Aishah bilik hujung pasal genetic biotechnology. ada pulak soalan yang Fika ajar tu. hehe. tq tq

.

Sekarang dah jadi Juara Gadis Melayu 2009 kamu ya Pika.. Tahniah..tahniah..

Jangan lupa sambung study balik tau.. UKM menunggu.

ini cilok gambar fika masa di matrik, dari Siti Aishah, classmates saya di UPSI. dia dan Husna (roommate masa matrik) sekelas dengan fika masa di matrik dulu. KMPP (bold sikit).

.

saja letak gambar-gambar Fika. dia ni dah memang cun. natural. tak mekap pun cun.

Thursday, November 05, 2009

cara normal redakan tekanan peperiksaan - celup kaki di sungai kalumpang

exam, exam jugak.. hidup mesti diteruskan. kebetulan saya dah memang merengek-rengek nak main air dari awal semester lagi, tapi takda sapa layan rengekan saya, huhu. terpaksa la tahan diri saja.

kebetulan pula akak-akak bilik sebelah saya merancang nak pi mandi sungai, dan mengajak saya dan roommate turut serta. mulanya plan nak pi Sungai Samak dengan basikal.

.

4 orang, seorang satu basikal. perghh terus hati saya terdetik, habis la saya pi Sungai Samak naik basikal, mau turun 10kilo. maka tinggallah saya badan sekeping.

.

kemudian tukar plan, roommate saya Kak Neha mungkin tak boleh berbasikal jauh, luka pembedahannya semasa bersalin belum sembuh sepenuhnya. carik-carik motor, nak pinjam untuk ke Sungai Samak. Okay sikit kot naik motor.

.

tengah-tengah malam sebelum hari kejadian, Kak Shikin dengan girang hati riang gembira memberitahu saya, "Ain kecik, bagitau Kak Neha kita tak jadi pi sendiri. Abang kawan akak, Una boleh hantarkan. Kita pi mandi kat Kalumpang lah, tak jadi pi Sungai Samak"

.

hah, dah senang nak senang lagi. best-best, ada orang hantar.

terus saya tanya pada Kak Shikin, "eh abang Una tu hensem tak?"

(soalan yang sangat tak perlu, haha tapi dah nama pun Ain Fathihah)

"rasanya tak hensem kot", segera pula Kak Shikin jawab. malas nak layan loqlaq saya la tu.

.

.

esok paginya, Kak Ngah dan Kak Shikin bangun awal, buat bekal. Dua jenis nasik goreng dan air oren, cukup untuk 10 orang. yang join 5 orang saja, tapi perlu ambil kira masing-masing punya perut tong. 

.

.

Saya dan Kak Neha memang teruja nak mandi sungai. oh jakunnya saya jarang dapat jumpa sungai best. nak pi tu, memang dah pakai siap-siap tshirt dan seluar trek yang akan dibawa kecebur kecebur dalam air.

.

tapi bila tengok Kak Ngah dan Kak Shikin bersiap, sakan dengan blaus dan jeans. erkk, apakah? sempat mekap lagi. waa kan nak pi mandi sungai ja, tak payah la lawa-lawa.

.

sampai Kalumpang, cari wakaf dan terus buka bekal, menyantap. kes tak sarapan dulu. hehe. habis makan saya tak sabar-sabar terus buka baju eh buka selipar ja, terjun sungai buat kuak lentang. isk tipu lagi. sebenarnya saya cuma celup kaki sikit-sikit. sejuk! dah basah kaki baru masuk sungai sampai lutut. tu pun dah gigil-gigil dah.

.

cuma saya, Kak Neha dan Una yang mula main air dulu. akak berdua yang melawa pusing-pusing sekitar, bergambar sakan. nak letak Facebook katanya.

.

macam biasa, air sungai Kalumpang memang deras. deraslah, dah kawasan agak berjeram. huhu letih badan nak tahan dari dihanyutkan air. tapi seronok buat-buat hanyut dan Kak Neha kelam kabut tangkap saya. ngee hehe.

ini dah lepas mandi, dan bersiap nak balik. eh takda gambar main air? tak payahhh!

.

saya suka jambatan gantung ni, tapi tak bergoyang sangat. kalau goyang kuat, lagi seronok nak lompat-lompat masa lalu atas ni. kan kan.

.

posing dulu sebelum balik. wajib ni. bukti. hehe.

.

ini roommate saya, Kak Neha. nama tak glemer dia, Nuriha Ismail.

cun? hehe. memang cun. nampak tu?

Puan Nuriha Ismail.

anak dua dah ni.

member sebilik, sekepala, sama loqlaq, suka melalak, selalu golek-golek sekatil sambil sembang2, sama2 lapar perut bila tengah malam, makan megi semangkuk, boleh tukar2 kasut & baju sebab sama saiz, berebut kek coklat, kongsi air blackcurrant goncang, bla3..

.

dah satu semester rupanya saya sebilik dengan Kak Neha. rasa macam ada kakak kat sini.

TQ!

Wednesday, November 04, 2009

untuk adik nurul arifah

salam. baru-baru ini saya dapat pesanan di entri aku & puisi kanak-kanak.

begini katanya ;

Assalamualaikum kak ain, kak ain, boleh tak kakak tuliskan sebuah syair bertajuk ilmu jika boleh terima kasih banyak banyak. Assalamualaikum



dari nurul arifah 

umur 8 tahun.

.

.

adik nurul, akak tak tahu macam mana nak hubungi adik.

insyaAllah akak boleh buatkan, tapi tak sempat nak buat dalam masa terdekat ni, tengah exam.

nanti bila akak dah buat (akak cuba secepat mungkin), akak postkan syair ilmu tu dalam entri akak seterusnya ya.

Thursday, October 29, 2009

cara tak normal redakan tekanan peperiksaan - main polis sentri dengan cencurut

Menjelang (bukan menjelang lagi dah, dah dekat sangat dah pun) musim peperiksaan ni, tekanan dan kegelabahan melanda semua pelajar yang ada kesedaran terhadap peperiksaan. 

Mana nak cari nota-nota kuliah yang selama ini terabai, mana nak tanya soalan-soalan yang dijangka masuk exam (apalah tanya spot question, lain kali tanyalah jawapan!), mana nak berbaik-baik dengan pelajar terbaik kelas dengan harapan dapat tiru masa exam, mana nak jaga hati pakwe/makwe yang terkecik hati tak dihiraukan, mana nak redakan tekanan dan bla-bla-blah!

Haa bercakap soal cara redakan tekanan, macam-macam cara ada. ‘jom release tension!’.. ehem, teacher saya cakap, bukan release tension, tapi, reduce tension.

Macam-macam pe’el kita boleh tengok bila siswa-siswa meredakan tekanan peperiksaan. Ada yang makan nasik berpinggan-pinggan (habislah pinggan kat rumah kena makan), ada yang makan burger sekaligus 3bijik, ada yang ajak pakwe/makwe merendek tepi sungai KHAR dengan alasan nak redakan tekanan (ini namanya menambah tekanan lain pulak dengan membuatkan air naik ke kepala &^%$^%$/), 

ada yang bertapa depan bilik pensyarah dengan harapan kertas soalan boleh tercicir dari fail pensyarah, ada yang bercinta dan ter’emosi dengan kumbang, ada yang makan megi mentah sekali dengan nasik, ada yang balik kampung masa minggu belajar sebab katanya tengok muka mak ayah hatinya jadi tenang, alhamdulillah anak baik..

Erghhh banyak lah takkan nak cerita semua! Eh ain sapa yang suruh kamu cerita? Kamu yang nak tulis. Ehehehe yelah salah saya.

Pendek kata (panjang tak terlibat sebab bilik saya dua-dua penghuni tingginya 153cm) macam2 pe’el lah yang akan muncul sempena musim peperiksaan. Ada yang normal, ada yang tak normal.

Yang normal nantilah saya cerita, entri kali ini nak cerita yang tak berapa nak normal dulu. Hehe.

Rumah sewa saya di Bahtera Terrace agak luas. Jadi kami jadikan bawah tangga sebagai tempat simpan kotak-kotak barang. Kotak buku, kotak baju, dan entah apa-apa lagi yang ada. Tersusun elok. Bukan serabut tau!

Nak dijadikan cerita, sejak bulan puasa hari tu, semasa waktu sahur, saya selalu nampak Cik Siti lalu-lalang dalam rumah kami. Kalau nampak, kadang-kadang kami sergah Cik Siti, kadang-kadang buat tak tahu. Agaknya dia masuk dari celah-celah pintu depan dan terus mencicit lari ke pintu dapur. Shortcut lah tu! Malas dia nak pusing taman ni kot. Dah la lalu tak bayar tol.

Sabar je lah. Mengenangkan semangat 1Malaysia dan cintakan persaudaraan sesama makhluk, makanya kami abaikan. Tak apa, Cik Siti nak lalu saja. Silakan lah lalu, lalu la puas-puas.

Dua tiga hari lepas, kami perasan satu hal. Cik Siti mengambil kesempatan di atas keluhuran hati dan kebaikkan budi kami! Entah bagaimana agaknya Cik Siti mendapat pasangannya (mungkin masa lalu-lalang dalam rumah), dan seterusnya memadu kasih bercintan-cintun dan beranak-pinak di bawah tangga rumah kami. Tempat kami letak kotak-kotak yang berisi barang yang tak pakai.

Cis! Berani kalian ya! Kami risaukan buku-buku dirosakkan Cik Siti. Saya pun risau buku ‘bata’ Biology saya rosak dikerjakan Cik Siti. Lalu saya, Kak Neha dan Lubna mengadakan Ops! Buru yang diputuskan secara tergempar. Tapi Lubna awal-awal dah cakap, “wei aku taknak terlibat ok!”

Baiklah tak apa. Saya dan Kak Neha yang beriya-iya. Dengan kapasiti yang ada (batang mop, baldi dan penyapu) saya dan Kak Neha memulakan operasi. Kak Neha alih-alihkan kotak-kotak bawah tangga tu semua dan buat bising dengan harapan Cik Siti akan keluar. Saya dah bersedia dengan batang mop dan baldi (padahal masa tu agak konpius apa fungsi batang mop di tangan? Ahh bantai je lah).

Tetiba Cik Siti meluru keluar dari bawah tangga dan mencicit lari ke arah dapur. Lubna yang katanya tak mau terlibat serta merta cergas dan menghalang laluan Cik Siti. Tapi tak berjaya, Cik Siti dapat meloloskan diri melalui pintu dapur dan terus keluar rumah. Hai hai bye bye! 

Dalam masa yang sama tu jugak Aina yang tengah basuh pinggan terjerit-jerit nyaring gila kalah wisel pakcik Palapes (eh pandai-pandai ja Palapes guna wisel) padahal Cik Siti tu tak nampak batang hidung pun lagi. Haha. Kak Wana pulak bila diacah oleh saya, Kak Neha dan Lubna,

“kak wana!!! Tikus tikusss! Dia pi kat kak wana!!”. Ceh ceh, acah ja. Tapi Kak Wana yang brutal ganas pernah tendang ehem-ehem lelaki masa zaman ganas dia terloncat-loncat sambil angkat kain. Haha hilang sudah ganas mu, Kak Wana! Saya, Lubna dan Kak Neha tergolek-golek gelak sampai senak perut. Haha.

Tak lama kemudian Cik Siti 2 berdecit lari dari kotak dan menghala ke dapur. Lubna tahan dia. Ops dia berpatah balik dan berlari ke arah pintu depan. Saya dan Kak Neha mengejar Cik Siti. Sempat saya tahan laluan Cik Siti dengan batang mop supaya dia tak terlepas keluar dari rumah. Oh ini rupanya guna batang mop. Cik Siti menukar haluan dan berlari ke dapur semula. Lubna dengan bakul biru di tangan cuba menyerkup Cik Siti 2. Opocot maaf Cik Siti, tertekup kat perut dia. Berdecit-decit Cik Siti berbunyi. Mesti senak perut dia kena tekan dengan Lubna. Hahaha. Cik Siti 2 berlari keluar dari celah-celah bakul dan terus ditekup dengan baldi terbalik oleh Kak Neha!

Yeaa! Dah dapat satu Cik Siti. Kak Neha sua tangan bawah baldi, dan ambil Cik Siti 2 dengan tangan. Perghhh ambil dengan tangan tu, beb! Oh Kak Neha kamu memang sangat kampung. Kemudian masukkan Cik Siti 2 dalam bakul. Tutup dengan kertas suratkhabar supaya dia tak terlepas keluar.

Oleh sebab kami merasakan ada lagi anak-beranak Cik Siti, maka kami sambung mengetuk-ngetuk bawah tangga dan alih kotak. Dan seperti dijangka ada lagi Cik Siti 3. Yang ini dua tiga kali pusingan kejaran sudah dapat tekup dengan baldi. Lubna jugak yang dapat! Eleh eleh tadi kata takmau terlibat. Kui3x! Kak Neha ambil dan letak dalam bakul tadi. Ahaks!

Bayangkanlah perempuan-perempuan bagaimana keadaannya teruja kejar tikus. Hihihi dengan baldi dan batang mop segala. Mujur pulak ruang tamu rumah cukup luas untuk main kejar-kejar dengan Cik Siti anak beranak.

Tadaa! Ini lah cara kami meredakan tekanan musim peperiksaan.

Anda bagaimana?

.

.

.

p/s : Kak Neha cakap tikus ni namanya cencurut. hidup di tanah. tikus tanah la kot? ni la 1st time saya tengok cencurut dari dekat. ahaha, jakun.

Wednesday, October 28, 2009

Oi Ain, kalau study buat cara study... tak payah on pc.. membazir hayat battery jer...

sedang saya khusyuk melagha depan laptop, tiba-tiba saya ketawa dan tersentap. dengan tak disangka-sangka..

.

hehe, begini..

malam tadi (ok tipu la malam, dah awal pagi), saya kebosanan tiada teman berbual. takda sapa tegur pun di YM. eh ada tapi saya yang malas layan. sebelum saya menutup laptop diikuti dengan adegan menarik selimut dan memeluk bantal, saya perhatikan senarai YM.

...

1. tak ramai yang online

.

2. yang online tapi berstatus 'busy' (bizi laa konon)

.

3. yang online tapi kejab offline dan online semula dan 30 saat kemudian offline lagi (ini mungkin kes sambungan internet yang ngok-ngek dan asyik terputus-putus)

.

4. yang online tapi berstatus 'idle'. ada yang 1minit, ada yang 10 minit (agaknya orang tu pi memerut di toilet), dan ada yang 2jam lebih (ni mesti dah berlayar ke alam mimpi). haa yang dah tido tapi tak tutup laptop. mubazzirunnnnn!

.

.

.

haha dengan niat mengacau orang, saya tinggalkan mesej di YM box Cikgu Malek,

ain fath mrh: hee tdo x tutup laptop...sila jimatkn penggunaan barang eletrik ye

.

. ngeh ngeh ngeh...ok tido jom!

.

.

petang ni sedang saya berlagha dan melagha menjengah dunia maya, tiba-tiba keluar box YM bertulis,

ABD MALEK SELAMAT: Oi Ain, kalau study buat cara study... tak payah on pc.. membazir hayat battery jer...

.

.

kuss semangat. terkejut den. tskkk balas dendam yerk

.

terkejut pertama : eh sapa yang tiba-tiba menyentap i ni

terkejut kedua : ehh Cikgu Malek?

terkejut ketiga : hah? takkan Cikgu Malek cakap macam ni kot?

terkejut keempat : haha macam tak percaya Cikgu Malek yang skema (dushh3x habislah markah ujian BSMM saya) ni cakap macam ni..

.

okayy, ini entri tak bermotif. cuma entri lagha. hahaha. padan muka.

gambar kandid yang berunsur misteri